• .: Citer Kawan :.

    Monday, October 29, 2018

    “Cepat pulang, aku akan memperisterikanmu…”- Kekasih pramugari JT610 luah kesedihan di IG


    Terkini pihak berkuasa Indonesia telah mengesahkan bahawa 189 penumpang yang menaiki penerbangan Lion Air JT-610 disahkan telah terkorban dalam nahas menyayat hati itu.

    Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pastinya ahli keluarga mangsa amat merasai kesedihan dan keperitan kehilangan orang tersayang.

    Semalam telah tular di media sosial, luahan hati kekasih kepada salah seorang pramugari pesawat iaitu Meryy Ulyanda yang memuat naik statusnya di Instagram.

    Setiap sujud aku selalu mendoakanmu…


    Cepat pulang, aku akan memperisterikanmu



    Dalam kapsyen Muhd Husni Fadhil di Instagram, dia meluahkan kerinduan kepada kekasihnya dan berharap agar dia masih sempat memperisterikan Meryy Ulyanda, bagaimanapun keadaan Meryy, dia akan tetap menerimanya kerana Merry adalah semangat hidupnya dan mereka sudah bercita-cita untuk hidup bersama.

    WhatsApp terakhir daripada Merry



    Muhd Husni juga berkongsi perbualan terakhirnya bersama Merry, sebelum kekasihnya itu menaiki penerbangan ke Pangkal Pinang.

    “Sayang pagi tadi kita masih telefon dan vc, aku temenin kamu di perjalanan ke bandara, aku yakin kamu pasti kembali sayang, Allah melindungi kamu sayang.”

    Aku tunggu kamu landing ya sayang!



    Pulanglah sayang, aku menunggumu



    Semoga semua mangsa nahas pesawat Lion Air JT-610 dapat dijumpai segera. Semoga Husni tabah dan kuat menghadapi dugaan ini.

    Sumber: IG Mhd.Husni Fadhil

    1 comment:

    1. Titanium Spade - a unique ceramic art for all the
      The ceramic art is apple watch titanium crafted blue titanium cerakote in the style of surgical steel vs titanium a stone carving from the clay of an old carving. With titanium nipple barbells a unique bronze-faced stamping on a $15.00 t fal titanium pan

      ReplyDelete